fbpx

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Aliff menyanyikan lagu Cik Mek Molek berjaya menambat hati para juri.

SHAH ALAM – Persembahan Aliff Aziz ketika menyanyikan lagu popular oleh Datuk M. Daud Kilau berjudul Cek Mek Molek membuatkan juri tetap, Datuk Ramli MS terkejut.

Ujar maestro muzik itu, dia tidak menyangka bahawa penyanyi kelahiran Singapura itu mampu menyanyikan lagu berentak ‘leman’ (kampung).

“Saya kenal kamu sejak Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Saya tertipu dengan kamu.

“Masa latihan kamu tidak begini. Tapi untuk persembahan malam ini, kamu memang terbaik!” ujar Ramli.

Ujar Ramli atau mesra disapa Tok Ram, nyanyian Aliff tidak dibuat-buat dan nampak natural, seolah-olah jiwanya begitu dekat dengan lagu berentak dangdut.

“Nyanyian kamu natural dan tidak dibuat-buat. Kalau begini persembahan kamu, memang ‘gerenti’! (akan ke final GV10). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI