fbpx

Pesawat tentera AS terhempas di Laut Mediterranean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pesawat Tentera Laut AS berada di atas kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz. – Getty Images

WASHINGTON – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas selepas mengalami masalah ketika sesi latihan di timur Laut Mediterranean, demikian menurut Markas Perintah Eropah AS (EUCOM) semalam.

Pasukan tersebut bagaimanapun tidak menyatakan jenis pesawat berkenaan atau lokasi asal ia terbang.

Namun, AS sebelum ini telah mengerahkan sebuah kumpulan gempur kapal induk ke kawasan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah perang Israel-Hamas daripada merebak menjadi konflik serantau.

“Pada malam 10 November, sebuah pesawat tentera AS yang sedang menjalankan operasi latihan di timur Mediterranean mengalami masalah lalu terhempas,” kata EUCOM dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyebut mengenai keadaan kru pesawat berkenaan.

“Apa yang kami boleh nyatakan adalah nahas pesawat itu berlaku ketika sesi latihan dan tiada tanda-tanda ia terlibat dalam aktiviti permusuhan. Punca insiden masih dalam siasatan,” katanya.

Washington mengerahkan armada gempurnya ke rantau tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat, USS Gerald R Ford serta beberapa kapal perang lain ketika ketegangan antara Israel dengan Hamas di Gaza semakin meningkat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI