fbpx

Pendaki sesat gara-gara guna Google Maps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pendaki diselamatkan dengan menggunakan helikopter selepas sesat di Gunung Fromme baru-baru ini. - Foto North Shore Rescue

VANCOUVER, Kanada – Seorang pendaki terpaksa diselamatkan dari atas tebing menggunakan helikopter ketika mendaki Gunung Fromme di utara Vancouver, gara-gara tersesat selepas mengikut aplikasi pemetaan, Google Maps, lapor akhbar New York Post semalam.

Pihak Penyelamat Darat Utara (NSR) yang berpangkalan di Vancouver berkongsi dalam catatan di laman Facebook bahawa seorang pendaki yang namanya tidak didedahkan mendapati dirinya sesat di bahagian tebing tersebut selepas cuba untuk sampai ke puncak.

Dua anggota penyelamat cuba menyelamatkan mangsa di kawasan hutan tebal itu semasa  misi menyelamat dilakukan pada 4 November lalu.

Menurut NSR, mangsa yang hanya mempunyai kelengkapan peralatan minimum termasuk tiada lampu suluh dan memakai kasut buruk itu kemudian berjaya diselamatkan. 

Pihak penyelamat berkata, ia adalah kali kedua dalam tempoh dua bulan pendaki terperangkap di Gunung Fromme kerana mengikut laluan palsu yang dipaparkan di Google Maps.

Dalam kemas kini baru-baru ini, NSR berkata, Google Maps telah memadamkan laluan yang tidak wujud itu selepas mengetahui tentang kesilapan tersebut.

Pihak NSR turut menasihatkan bakal pendaki agar mengelak daripada menggunakan Google Maps, sebaliknya menggunakan aplikasi yang direka untuk aktiviti luar seperti CalTopo dan Gaia, atau peta kertas dan kompas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI