fbpx

Pembantu rumah dijel 13 bulan selepas tumbuk ibu majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SINGAPURA – Seorang pembantu rumah di Singapura dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh sebuah mahkamah selepas dia didapati bersalah menumbuk ibu majikannya yang berusia 86 tahun sehingga menyebabkan tulang paha mangsa patah, lapor akhbar The New Paper kelmarin.

Tertuduh, Oo Win Kyi, 32, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang mangsa yang menghidap penyakit nyanyuk.

Pertuduhan tersebut juga menyebut tertuduh menggigit tangan warga emas itu dan memukul tangannya menggunakan alat senaman pada satu masa lain.

Timbalan Pendakwa Raya, Ng Jun Kai berkata, mangsa terlantar di katil dan mengalami demensia. 

Dia juga diserang angin ahmar pada Februari 2022 yang mana pembantu rumah tersebut sedia maklum mengenainya.

Tertuduh yang tinggal di kediaman majikannya diupah untuk menjaga mangsa dan melakukan kerja rumah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI