fbpx

Pelan strategik F:30 jadi penanda aras – MOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria ditemui ketika majlis pelancaran Pelan Hala Tuju F:30 Fasa 2 semalam. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Peta Hala Tuju F:30 yang dilancarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar dijadikan contoh oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) dalam usaha tampil lebih cemerlang pada masa akan datang.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Peta Hala Tuju F:30 FAM yang memasuki fasa kedua itu telah menjadi penanda aras sesuatu sasaran yang dapat dicapai.

“Tidak banyak NSA yang mewujudkan rangka tindakan dalam tempoh masa tertentu serta juga petunjuk prestasi utama (KPI).

“Pelan seperti ini banyak kebaikan kerana membuka ruang kerjasama buat semua pihak berkepentingan seperti penaja, penyokong, atlet serta jurulatih, dalam menjayakan sesuatu perancangan.

“Ini satu kerja yang baik daripada FAM dan wajar dicontohi,” katanya pada sidang media pelancaran Peta Hala Tuju F:30 Fasa 2 semalam.

Peta hala tuju F:30 dengan tempoh 12 tahun itu bermula 2019 hingga 2030 telah dilancarkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino pada 2018.

Pelan itu terbahagi kepada tiga fasa strategik bermula tahun 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.

Ia disusuli fasa kedua (2023-2026) dengan menguasai peringkat Asia dan disudahi fasa ketiga (2027-2030) bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencecah taraf dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI