fbpx

Nyanyian Nikki Palikat ditegur tiada identiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIKKI mendendangkan lagu Semakin Rindu Semakin Asyik pada konsert mingguan GV10 malam ini.

SHAH ALAM – Persembahan Nikki Palikat dikatakan hilang identiti sewaktu mendendangkan lagu dangdut, Semakin Rindu Semakin Asyik kerana tidak menjadi diri sendiri.

Juri tetap All Stars gegar Vaganza (GV10), Datuk Syafinaz Selamat ketika memberikan komen berkata, dia berasa tidak gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh penyanyi asal sabah itu.

“Nikki, saya risau sebab awak cuba menjadi orang lain. Kalau saya tutup mata, saya tidak tahu awak yang sedang menyanyi.

“Ini bukan yang menarik dalam pertandingan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syafinaz turut menegur pakaian yang digayakan Nikki kerana dianggap terlalu ketat sehingga mengganggu nyanyiannya.

“Baju awak ketat ke? Jangan pakai terlalu ketat sebab boleh ganggu pernafasan awak ketika menyanyi,” kata Syafinaz.

Sementara itu, Datuk Ramli MS pula menegur nyanyian Nikki yang disifatkan sumbang.

Walaupun agak kecewa, Ramli atau Tok Ram faham bahawa Nikki menyanyikan lagu yang bukan ‘fortenya’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI