fbpx

Konflik Palestin-Israel: Selangkah keluar dari hospital, terus ditembak askar Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN luar Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza kelmarin. – AFP

BANDAR GAZA – Seorang doktor di Hospital Al-Shifa, Bandar Gaza mendedahkan bahawa askar Israel menembak sesiapa sahaja yang mahu keluar dari kemudahan tersebut, lapor agensi berita Anadolu.

“Askar Israel mengepung kawasan hospital dan mereka berada kurang 1 meter dari bangunan hospital ini. Mereka berada di luar pintu,” kata doktor pakar sakit puan, Fadia Malhis menerusi perbualan telefon yang terputus-putus.

Tambah Fadia, askar Rejim Zionis menembak sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital.

“Jika sesiapa bergerak dari satu unit ke unit lain sekali pun, mereka akan ditembak.

“Ramai orang yang syahid di pekarangan luar wad kecemasan. Situasi amat teruk dan berbahaya. Ia bagaikan penjara tanpa air, elektrik atau makanan.

“Lebih 100 orang terbunuh di pekarangan hospital ketika cuba mengebumikan mangsa yang syahid di luar hospital,” ujarnya.

Kata Fadia, hospital tersebut kini tidak mempunyai bekalan elektrik, menyebabkan keadaan bayi-bayi dalam unit rawatan rapi berada dalam bahaya.

“Terdapat 60 bayi dalam unit tersebut, 39 daripadanya diintubasi. Setiap daripada mereka berisiko terbunuh,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI