fbpx

[VIDEO] Pasangan maut: Kenakan hukuman setimpal pada remaja 16 tahun – Keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Muhammad Nabil bersama kakaknya, Imanina (dalam kotak) dan keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai jenis Yamaha NVX selepas terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

GEORGE TOWN – Keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, awal pagi semalam mahu pemandu berusia 16 tahun menerima hukuman setimpal atas perbuatannya itu.

Kakak mangsa, Muhammad Nabil Zikry Nasuha Nasua, 23, Imanina 24, berkata, pihak kedua-dua keluarga juga mengharapkan siasatan dilakukan secara telus terhadap pemandu kereta tersebut, sehingga menyebabkan mereka kehilangan insan tersayang.

Menurutnya, pemandu tersebut diharap dapat dikenakan hukuman sebaik mungkin sebagai pengajaran atas tindakan yang dilakukan sekiranya ia didapati bersalah kelak.

“Nyawa adik saya tidak boleh dikembalikan lagi. Kami sekeluarga termasuk pihak perempuan semestinya mahukan keadilan atas apa yang terjadi.

“Kalau boleh, biarkan pemandu tersebut ditahan reman lebih lama, tidak cukup hanya sehari. Kami juga mempersoalkan bagaimana dia boleh memandu kereta dalam usia sebegitu dan kenapa tidak dipantau keluarganya,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Beritahu Imanina, jenazah Muhammad Nabil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Gunung Kampung Rapat Jaya di Ipoh, Perak selepas selesai solat Maghrib, malam semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pemandu kereta tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas Mahkamah Majistret membenarkan remah ke atasnya selama sehari semalam.

“Polis sudah mengambil sampel darah dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk jalani ujian alkohol dan dadah terhadap pemandu terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI