fbpx

Banjir: Tinggal 1 PPS masih dibuka di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa banjir yang masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang, Kuala Langat.

PETALING JAYA – Cuaca baik sejak semalam menyaksikan jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor semakin menurun sehingga hanya berbaki satu sahaja dibuka setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, jumlah tersebut berkurungan berbanding pagi tadi yang mencatatkan empat PPS masih dibuka.

“Hanya satu PPS sahaja masih dibuka di Kuala Langat yang mana menempatkan ( mangsa terdiri daripada empat keluarga di Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan kesemua PPS yang disediakan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang kini sudah diisytiharkan tutup dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI