fbpx

Malaysia keempat terbaik Piala Tuanku Zara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Malaysia layak mendapat pujian walaupun tewas 0-2 kepada Australia pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Tuanku Zara di Stadium Indera Mulia sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki dalam dewan wanita negara untuk menaiki podium Piala Tuanku Zara tidak kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Australia pada penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.

Biarpun sudah memberikan tentangan sengit tetapi skuad negara yang merupakan ranking terendah kejohanan, No.38 dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawan No.9 dunia itu.

Anak-anak buah Mohd. Badrul Hisham Osman berjaya mengharungi separuh masa pertama tanpa dibolosi biarpun tanpa penjaga gol utama, Farah Ayuni Yahya yang terpaksa menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun kelmarin kerana masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kecemerlangan penjaga gol kedua, Azween Zureen Zahari tidak bertahan lama apabila Australia membuka tirai jaringan menerusi Jessica Moffat pada minit ke-23.

Pasukan yang diberi gelaran Platypushers itu kemudiannya meledak gol kedua lapan minit kemudian menerusi Holly Gilbar dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Biarpun tewas, pujian harus diberikan kepada barisan pemain dan kejurulatihan kerana berjaya menamatkan kejohanan hoki dalam dewan antarabangsa itu sebagai empat pasukan terbaik daripada enam negara.

Nasib berbeza dialami skuad hoki dalam dewan lelaki negara apabila menamatkan saingan Piala Sultan Nazrin Shah di kedudukan kelima, gara-gara tewas 1-7 kepada Afrika Selatan semalam.

Dua kejohanan itu menjadi platform pendedahan terbaik buat skuad hoki lelaki dan wanita negara sebelum menghadapi Piala Asia tahun depan yang merupakan peringkat kelayakan ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI