fbpx

Konflik Palestin-Israel: Orang awam terpaksa berpindah selepas Zionis bom hospital Al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memeriksa mayat di luar Hospital Al-Shifa Rabu lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Serangan yang melanda hospital terbesar di Semenanjung Gaza semalam mencederakan orang awam dan memaksa sebilangan mereka berpindah sekali lagi bagi mencari perlindungan.

Saluran berita NBC News melaporkan, adegan pertumpahan darah di Hospital Al-Shifa berlaku ketika serangan tentera Israel memaksa penutupan kawasan berhampiran empat hospital di tengah Gaza.

Dalam satu klip video yang memaparkan sebuah klinik pesakit luar Al-Shifa semalam, seorang gadis berlumuran darah menjerit dengan tangannya diangkat ke langit.

“Ayah dan abang saya,” jerit gadis itu.

Berdekatan gadis berkenaan, seorang budak lelaki terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak bergerak dengan mata terbuka manakala kolam darah terbentuk di sekeliling kepalanya.

Pakar bedah ortopedik perunding di Hospital Al-Shifa, Dr. Adnan Albursh berkata, terdapat banyak pengeboman di sekitar hospital itu sepanjang hari semalam.

“Setiap kali, setiap minit, kami mendengar pengeboman di sekeliling kami. Mereka mengebom pintu pagar, pintu utama hospital.

“Kami tidak boleh mengosongkan hospital kerana terdapat ramai pesakit di sini. Ada kanak-kanak, wanita, semua peringkat umur,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI