fbpx

UCL: Arteta redakan bimbang peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA berjaya menyumbang gol kedua ketika Arsenal menewaskan Sevilla pada aksi di Emirates awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi jaminan bintangnya, Bukayo Saka tidak mengalami kecederaan serius dalam kemenangan 2-0 ke atas Sevilla di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Saka, 22, menjadi mangsa terjahan keras pemain-pemain Sevilla sehingga gagal meneruskan perlawanan membuatkan Arteta terpaksa mengeluarkannya dan digantikan oleh Jakub Kiwior pada minit ke-85.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan buat para peminat tegar The Gunners dalam usaha kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley malam esok.

“Inilah biasanya terjadi kepada pemain-pemain sayap yang berkebolehan menggelecek dan melepasi kawalan pertahanan lawan. Dia tidak akan mengubah corak permainannya kerana dia sudah biasa dikasari.

“Ia hanya kecederaan ringan dan saya harap ia tidaklah serius. Saya menganggap dia akan okey dan boleh bermain semula dalam perlawanan seterusnya,” kata Arteta.

Saka meledak gol kedua Arsenal pada minit ke-64 menerusi gerakan solo selepas menerima hantaran cantik daripada Gabriel Martinelli sebelum memperdayakan barisan pertahanan dan penjaga gol Sevilla.

Pemain sayap England itu turut memainkan peranan penting apabila mencipta gerakan gol buat Leandro Trossard membuka tirai jaringan buat Arsenal pada minit ke-29.

Arsenal kini menerajui carta Kumpulan B Liga Juara-Juara dengan sembilan mata selepas empat perlawanan dan berpeluang menyambar tiket ke pusingan 16 terbaik jika menang ke atas wakil Perancis, RC Lens hujung bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI