fbpx

Tol percuma di lebuh raya kendalian Plus sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pengguna lebuh raya kendalian Plus Malaysia Berhad (Plus) dapat menikmati tol percuma di 92 plaza tol dan juga di 10 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 12 November pukul 11.59 malam.

Menurut Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan berhubung pemberian tol percuma kepada rakyat sempena sambutan perayaan Deepavali sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi, hari ini.

“Walau bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (di Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua).

“Pemberian tol percuma selama dua hari tersebut boleh dinikmati oleh semua kelas kenderaan di rangkaian Lebuhraya Plus dan di LPT2,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Plus turut menggalakkan orang ramai yang ingin bergerak masa hari-hari puncak, terutamanya pada dua hari tersebut agar mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Rancang perjalanan anda dengan teliti untuk mengurangkan kesesakan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Plus juga mengingatkan pengguna lebuh raya yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG untuk menyentuh kad Touch ‘n Go atau menggunakannya bersama peranti SmartTAG di lorong tol di plaza tol untuk rekod perjalanan.

“Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.

“Sekiranya pengguna lebuh raya memilih untuk menggunakan RFID, mereka perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID yang disediakan,” katanya.

Tambah Plus, pengguna lebuh raya di plaza tol sistem tertutup akan menikmati tol percuma ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.

“Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan.

“Ini bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol jika terdapat pengguna menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif atau telah dinyahaktif,” katanya.

Kepada orang ramai yang ingin bergerak masa hari-hari puncak, terutamanya pada 2 hari tersebut, Plus menasihatkan orang ramai supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Rancang perjalanan anda dengan teliti untuk mengurangkan kesesakan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi Plus, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Plus juga menyarankan penggunaan Aplikasi Waze atau Google Maps semasa pemanduan untuk mendapatkan status trafik terkini sepanjang musim perayaan ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI