fbpx

Ribut petir melanda hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan ribut petir melanda hampir seluruh negara sehingga 6 petang ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang MetMalaysia itu, ribut petir ini melibatkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Di Semenanjung, ribut petir diramal berlaku beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor, kawasan pendalaman Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Manakala di Sabah, kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan WP Labuan turut dilanda ribut petir itu,” katanya.

Tambah MetMalaysia, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak turut diramal cuaca buruk di beberapa tempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI