fbpx

Program Intervensi industri bersama sekolah atasi isu keciciran pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun bergambar bersama murid Program Intervensi Kehadiran Murid Orang Asli SK Tekir, Labu, Seremban. -Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Program intervensi oleh sektor industri bersama sekolah di negeri ini mampu membantu kerajaan mengatasi beberapa isu berbangkit seperti masalah keciciran dalam kalangan murid.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penyertaan oleh sektor berkenaan telah menunjukkan hasil yang memberansangkan seperti Program Intervensi Kehadiran Murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tekir dekat Labu di sini bersama pengeluar snek, makanan berasaskan bijiran dan mi antarabangsa, Kellogg Asia Products Sdn. Bhd.

Katanya, program itu telah mengurangkan jumlah murid tidak hadir di sekolah itu daripada 30 hingga 40 peratus selepas negara pulih dari pandemik Covid-19 kepada lebih 70 peratus ketika ini.

“Oleh kerana itu, saya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Ismail Lasim untuk mengadakan perbincangan dengan Invest NS (yang bertindak sebagai pusat sehenti pelabur di negeri ini) supaya lebih banyak pemain industri mengambil bahagian dalam program intervensi bersama sekolah.

“Kerajaan negeri percaya sokongan daripada sektor industri ini mampu menjayakan usaha melahirkan modal insan yang terbaik untuk negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Intervensi Kehadiran Murid Orang Asli SK Tekir di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Norazam Nayan, Pengarah Kilang Kellogg Asia Products Sdn. Bhd., Matan Raj Subramaniam dan Perunding Kellogg, Datuk Rosnah Majid.

Aminuddin membeitahu, kerajaan telah mengenal pasti beberapa isu yang menjadi alasan murid tidak hadir seperti sekolah terletak jauh dari rumah, ibu bapa yang tidak mengambil berat, tiada akses ke sekolah dan tiada asrama.

“Kerajaan komited untuk menyelesaikan semua isu berbangkit termasuk pendekatan bersama pihak lain dalam usaha memastikan masalah keciciran pelajar ditangani dengan berkesan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI