fbpx

Peniaga pasar malam didenda RM1,500 miliki senjata tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH Hamdihafizi diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang lelaki didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 41 jenis senjata tiruan pelbagai model, Ogos lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Hamdihafizi Ab. Karim, 33, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki pelbagai jenis senjata tiruan tanpa kebenaran yang sah.

Kesalahan itu dilakukannya kira-kira pukul 10 malam di sebuah premis bernombor, di Jebat Street Klebang dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Ogos 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 (Akta 206).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran, manakala barang kes dilupuskan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman berbentuk denda minimum diberikan dengan alasan dia tidak mempunyai wang yang banyak.

Rayunya lagi, dia hanya berniaga di pasar malam dan menjual barangan yang disifatkannya sebagai koleksi untuk hobi.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh untuk membayar denda sebanyak RM1,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar dan barang kes dilupuskan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI