fbpx

Pemain skuad Harimau Malaya sudah serasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain sudah memulakan kem latihan pusat untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bermula minggu depan. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui senarai 25 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat adalah sesuai berdasarkan taktikal yang telah diatur bagi mengharungi dua aksi antarabangsa nanti.

Kata Pan-gon, semua pihak boleh memberikan pandangan atau kritikan tetapi dalam masa yang sama tugas selaku ketua jurulatih adalah untuk membentuk pasukan yang mantap.

“Saya harap semua memahami tentang pemilihan kali ini. Senarai pemain yang dipilih berdasarkan taktikal.

“Harus diakui ada lagi pemain bagus yang tidak tersenarai tetapi mereka telah diletakkan dalam senarai menunggu.

“Selain aspek taktikal, beberapa faktor lain turut diambil kira seperti komitmen, semangat patriotik dan kerjasama berpasukan.

“Kita mahu membentuk pasukan yang terbaik untuk negara dan saya percaya 25 yang dipanggil adalah yang terbaik ketika ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pertama Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

23 pemain telah melaporkan diri pada sesi latihan pertama hari ini kecuali Dion Cools dan Junior Eldstal yang hanya akan bersama pada Isnin depan.

Skuad Harimau Malaya bakal mengharungi aksi pertama Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum terbang ke Taipei untuk perlawanan kedua menentang Taiwan pada 21 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN