fbpx

Operasi cari mangsa tertimbus diteruskan dalam hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian anggota SAR sedang mengorek sisa kontrik bagi mencari seorang lagi mangsa runtuhan tapak pembinaan sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut hari ini.

BESUT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki seorang buruh binaan yang dikhuatiri tertimbus di dalam runtuhan tapak pembinaan sebuah resort di Pulau Perhentian, Kuala Besut dekat sini disambung semula pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Yusmaredza Mirza Mohamed Ali berkata, seramai 83 anggota pasukan SAR terdiri daripada pelbagai agensi telah memulakan operasi sejak pukul 7 pagi tadi.

“Operasi agak mencabar kerana pencarian terpaksa dilakukan dalam keadaan hujan yang dijangka berlarutan sehingga petang ini.

“Pencarian dilakukan dengan bantuan anjing pengesan K9,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan tapak pembinaan restoran setinggi tiga tingkat sebuah resort di pulau peranginan itu tiba-tiba runtuh pada pukul 4.30 pagi semalam.

Runtuhan itu menimbus tujuh buruh binaan iaitu enam warga asing dan seorang tempatan yang ketika itu sedang tidur nyenyak di tapak pembinaan yang hampir siap berkenaan.

Empat berjaya diselamatkan orang ramai manakala dua lagi dikeluarkan pasukan SAR pada pukul 12.50 tengah hari semalam.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Suparno yang dikhuatiri turut tertimbus masih belum dijumpai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI