fbpx

Malaysia pamer kebangkitan dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan New Zealand 5-4 pada aksi Piala Tuanku Zara di Ipoh sebentar tadi. - NAZREEN SHAH

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan wanita negara membuktikan semangat tidak mudah menyerah kalah apabila mempamerkan kebangkitan dramatik menewaskan New Zealand 5-4 pada aksi Piala Tuanku Zara di Ipoh, Perak sebentar tadi.

Apa tidaknya, Malaysia yang merupakan pasukan ranking terendah kejohanan iaitu No.38 dunia, ketinggalan 1-3 kepada New Zealand selepas Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun membuka tirai jaringan pada minit keempat.

Tiga gol pasukan ranking ke-21 dunia itu diperoleh menerusi Hannah Cardno pada minit ketujuh, Tegan Buchanan (m-10) dan Jesscia Kelly (m-15).

Anak-anak buah Mohd. Badrul Hisham Osman itu bangkit menyamakan kedudukan 3-3 menerusi dua gol daripada Nur Hafizah Maznan dan Iren Hussin pada minit ke-16 serta 21.

IREN (tengah) meledak dua gol ketika menewaskan New Zealand 5-4 pada aksi Piala Tuanku Zara di Ipoh hari ini. – MHC

Bagaimanapun, New Zealand yang dibimbing Gaye Tarrant kembali mendahului menerusi jaringan Jessica Kelly pada minit ke-30, menjadikan kedudukan 4-3 pada aksi di Stadium Indera Mulia itu.

Respons pantas ditunjukkan barisan pemain negara dengan meledak dua gol melaui Iren Hussin dan Fazilla Sylvester Silin, masing-masing pada minit ke-31 serta 36 untuk memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia melonjak ke tangga keempat, sekali gus melayakkan diri ke penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan hoki dalam dewan antarabangsa itu berikutan keputusan seri 2-2 antara Australia dan Namibia sebentar tadi.

Malaysia akan bermain di penentuan tersebut menentang Australia pada pukul 2 petang esok, manakala final antara Afrika Selatan dan Switzerlang akan berlangsung pada pukul 6petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI