fbpx

Kecederaan kaki jejas peluang Rachel julang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RACHEL (kiri) terpaksa akur tewas 0-3 kepada Nour pada final Piala Malaysia Ace di Seremban hari ini. - PSA WORLD TOUR

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold terkilan kerana gagal memastikan gelaran Piala Malaysia Ace menjadi miliknya selepas tewas 0-3 kepada pilihan utama, Nour El Tayeb dari Mesir pada final hari ini.

Rachel, 27, menyifatkan, ketidakselesaan di bahagian kaki kanannya menjadi antara faktor dia tewas kepada pemain No.6 dunia itu dengan keputusan 2-11, 4-11, 4-11 dalam aksi di Seremban, Negeri Sembilan.

“Kaki kanan saya tidak berapa okey selepas set pertama. Saya sudah cuba sebaik mungkin selepas itu tetapi masih tidak dapat (beraksi pada tahap terbaik).

“Secara keseluruhan saya gembira kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir kerana ini adalah pencapaian terbaik dalam karier saya setakat ini.

“Ini membuktikan kerja keras saya telah menuai hasil. Namun, saya sedikit kecewa kerana hari ini bukan prestasi terbaik saya,” kata Rachel dalam keadaan sebak selepas tamat aksi final sebentar tadi.

Rachel yang ketika ini berada di ranking 39 dunia, berpeluang menebus kekecewaan itu pada Terbuka Singapura bermula Khamis ini apabila turun menghadapi pemain tuan rumah, Au Yeong Wai Yhann di pusingan pertama.

Selepas Terbuka Singapura, Rachel juga dijadualkan menentang pemain No.29 dunia dari Mesir, Hana Ramdan di pusingan pertama pada Terbuka Hong Kong yang akan membuka tirainya 27 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI