fbpx

Josue bakal perkuatkan ‘jantung’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE dijangka mampu hidupkan kembali jentera tengah pasukan jika diturunkan beraksi menghadapi Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil 16 November ini.

KEHADIRAN semula kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue dalam skuad Harimau Malaya bakal menghidupkan semula jentera tengah pasukan berbanding ketika kempen Pestabola Merdeka bulan lalu.

Khidmat pemain naturalisasi itu pasti melegakan pengendali pasukan, Kim Pan-gon untuk merangka strategi lebih baik bagi hadapi Kyrgyzstan di pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

“Kehadiran semula Paulo Jo­sue akan menghidupkan kembali jentera tengah pasukan apabila bermain di pusingan kelayakan nanti. Kita dapat lihat ketika Pestabola Merdeka, ketiadaan Josue membuatkan kita terlalu bergantung harap serangan dari bahagian sayap semata-mata.

“Josue ini boleh bermain sebagai penyerang dan juga mencipta gerakan untuk penyerang. Jadi saya yakin pasukan kita akan bertambah baik dan lebih kreatif apabila mengharungi kelayakan nanti,” kata jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah.

Ketika Pestabola Merdeka sebelum ini, Josue terpaksa digugurkan saat akhir kerana mengalami demam denggi.

Selepas aksi Kyrgyzstan, Harimau Malaya akan melengkapkan aksi kelayakan tahun ini bertemu Taiwan di tempat lawan, 21 November ini.

Dalam senarai 25 pemain yang bakal memulakan latihan pusat hari ini (10 November), Pan-gon turut memanggil beberapa lagi pemain untuk mengisi posisi tengah.

Antaranya adalah Afiq Fazail, Endrick Dos Santos, Brendan Gan, Stuart Wilkin, Noka Laine dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI