PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bakal melanda beberapa tempat di Semenanjung dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kawasan pendalaman Kedah.
“Manakala kawasan Perak dan kawasan pantai Terengganu pula diramal hujan di satu dia tempat.
“Di Sabah, hujan diramal berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan WP Labuan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kawasan-kawasan di Sabah pula diramalkan cuaca cerah pagi ini.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE