fbpx

Firmino akui Mane, Salah ‘tidak pernah berkawan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRMINO, Mane dan Salah membentuk trio serangan paling ampuh di Eropah ketika beraksi bersama-sama di Liverpool sehingga memenangi pelbagai kejuaraan. - AFP

LONDON – Bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino akhirnya mendedahkan perbalahan terkenal antara Mohamed Salah dan Sadio Mane di Burnley sebenarnya sudah berlaku sejak musim sebelumnya.

Salah dan Mane Mane bertelagah semasa Liverpool menang 3-0 di Turf Moor pada Ogos 2019.

Insiden itu berlaku apabila Salah enggan melakukan hantaran bola kepada Mane yang berada tepat depan gawang untuk menjaringkan gol.

Disebakan itu, Mane kelihatan berang dengan rakan sepasukannya itu dan melemparkan botol minuman dengan penuh marah ketika di bawa keluar padang untuk digantikan pemain lain.

Firmino terakam ketika menyaksikan kejadian perselisihan itu berlaku, bahkan para penyokong akan mengingati reaksi lucu penyerang berkenaan ketika dia sengaja membuat mimik muka kelakar ketika para pemain melalui dalam terowong stadium.

Firmino mengimbas kembali episod itu dalam buku baharunya berjudul, Si Senor: My Liverpool Years. Pemain berusia 32 tahun itu yang meninggalkan Liverpool untuk berhijrah ke kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ahli pada musim panas turut mendedahkan bagaimana Salah selalu mengecewakan semua orang apabila tidak menghantar bola kepada rakan sepasukan.

Firmino, Salah dan Mane telah membentuk salah satu jentera serangan tiga serangkai terbaik di Eropah ketika bersama di Liverpool hingga membantu skuad Jurgen Klopp menjuarai Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA, Paiala Carabao, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Namun, bukan sesuatu yang mudah buat Klopp untuk menguruskan Salah dan Mane ketika hubungan pasangan itu menjadi tegang pada musim sebelumnya apabila mereka berdua berjuang untuk anugerah Kasut Emas yang akhirnya dikongsi bersama Pierre-Emerick Aubameyang.

Seperti yang didedahkan Firmino dalam buku baharunya, Mane berasa jengkel dengan Salah kerana secara konsisten tamak dengan bola dalam permainan.

“Ia (pertikaian) telah bermula sejak musim sebelumnya, 2018-19. Naluri saya dan tugas saya adalah untuk meredakan keadaan di antara mereka. Tuangkan air ke atas api, jangan sesekali petrol,” ujar Firmino.

Firmino mendakwa, pemain-pemain Liverpool dapat merasakan ketegangan antara Mane dan Salah, malah suasana semakin jelas tegang serta mood amat berat pada perlawanan menentang Burnley, bahkan boleh meletus pada bila-bila masa.

Jelas Firmino, Mane bukan sahaja marah tentang Salah yang enggan menghantar bola, malah juga kecewa kerana kerap kali berulang.

“Malangnya, bahasa Inggeris saya tidak bagus, jadi saya tidak dapat memberitahu anda dengan tepat apa yang Mane jerit ketika dia dibawa keluar. Pastinya ia bukan sesuatu yang bagus!” katanya.

Firmino juga tidak tahu mengapa dia membuat mimik muka ‘ironik’ di dalam terowong selepas beraksi, meskipun mengakui situasi selepas perlawanan itu adalah ‘lucu’. Malah, dia tidak dapat menahan senyuman, kamera sudah menangkap segala-galanya.

Walaupun terpaksa mengakui bahawa Mane dan Salah ‘tidak pernah berkawan baik’, namun Firmino menegaskan, kedua-dua mereka sentiasa bertindak dengan profesionalisme terbaik.

Dia juga menyifatkan Mane sebagai individu paling cepat meletup antara mereka bertiga, manakala dia melihat dirinya sebagai seorang pendamai dalam trio berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI