fbpx

Fahami konsep perubatan alternatif sebelum cuba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KEADAAN cuaca yang tidak menentu, ditambah pula dengan hujan hampir setiap hari menjadi antara punca kesihatan boleh terjejas.

Apabila sudah sakit sudah pasti ubat menjadi solusi dan sama ada moden atau tradi­sional, setiap orang mempunyai pilihan tersendiri untuk ­menyembuhkan diri.

Bercerita tentang ubat, di laman sosial TikTok ramai pempengaruh berkongsi ‘petua’ me­ngubati penyakit yang biasanya datang bersama hujan seperti batuk, selesema, sakit tekak dan demam.

Yang paling mendapat perhatian dan menjadi ikutan adalah remedi perubatan tradisional Cina yang berasaskan herba.

Tidak ada yang salah tentang perkara itu, namun sebelum mengkonsumsi sebarang penawar adakah masyarakat faham apakah itu perubatan tradisional Cina?

Berdasarkan perkongsian dari Pensyarah Kanan di Pusat Perubatan Komplementari & Alternatif di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr. Ong Siew Siew, tidak ramai yang memahami dengan pasti amalan kuno ini sebenarnya melibatkan apa, dan sama ada ia boleh memberikan sokongan kepada kesihatan serta kesejahteraan kepada diri mereka.

“Orang ramai perlu tahu bahawa dalam perubatan tradi­sional Cina di Malaysia mereka tidak boleh secara semberono mendengar dari mulut ke mulut, tetapi perlu mengetahui bahawa terdapat pengamal yang berdaftar di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) 2016 [Akta 775].

“Perubatan tradisional Cina merupakan amalan sah yang diiktiraf di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan, namun masih terdapat pengamal palsu yang aktif bergiat di luar sana,” katanya menerusi temubual yang dilakukan menerusi e-mel.

Tambahnya yang juga merupakan Pakar Klinikal dan pengamal Perubatan Cina Kanan di Pusat Perubatan Cina IMU Healthcare, dalam usaha untuk menangani isu tersebut mulai Mac 2024, semua pengamal berlesen akan berdaftar dengan Majlis T&CM dan akan diberikan Sijil Pengamalan Tahunan (APC).

Ia bakal dilaksanakan bagi memudahkan orang awam untuk mengesahkan ketulenan pengamal TCM berdaftar.

Kongsi beliau lagi, dalam memahami prinsip perubatan tradisional Cina, orang ramai perlu tahu bahawa setiap orang mempunyai pola resam tubuh unik yang menunjukkan keseimba­ngan kompleks serta rumit bagi setiap unsur bertentangan.

“Matlamat perubatan tradisional Cina adalah untuk memulihkan keseimbangan ini dan mengatur tenaga badan yang dinamik. Ia boleh dipengaruhi pelbagai faktor seperti diet, tekanan, penyakit kronik dan ba­nyak lagi.

“Berdasarkan prinsip ini, pengamal boleh membantu me­nguruskan banyak penyakit. Sebagai contoh, perubatan ini boleh membantu melegakan ­kesakitan kronik, menyokong sistem imun, meningkatkan kualiti tidur dan banyak lagi.

“Sesetengah pengamal juga pakar dalam bidang kesihatan tertentu seperti jantung, paru-paru, penghadaman atau sistem reproduksi,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, dalam konsep perubatan, tiada ubat yang secara ajaib menyembuhkan pe­nyakit sepantas kilat.

Segalanya memerlukan proses dan masa, oleh itu jangan mudah terpedaya dengan dakwaan tidak masuk akal (overclaim) berkaitan apa-apa ubat atau penawar menerusi media sosial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI