fbpx

EPL: Super komputer ramal kedudukan akhir musim United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED memulakan musim ini dengan prestasi hambar menyebabkan mereka dijangka mengakhiri saingan di kedudukan paling buruk dalam sejarah EPL. - AFP

LONDON – Manchester United dijangka bakal mengakhiri musim ini pada kedudukan yang paling terus dalam sejarah penyertaan mereka di saingan Liga Perdana Inggeris berdasarkan algoritma super komputer.

Teknologi tersebut dari Bettingexpert meramalkan bahawa skuad kendalian Erik Ten Hag itu bakal mengakhiri saingan pada kedudukan kesembilan sekali gus menjadi posisi terburuk berbanding musim 2013/14 ketika dikemudi oleh David Moyes yang kemudiannya digantikan dengan Ryan Giggs.

Kedudukan tersebut adalah paling buruk sejak 1990 apabila mereka berada di tangga ke-13 ketika dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson, namun pengenalan saingan EPL pada dua tahun berikutnya menyaksikan United menikmati pelbagai kejayaan dan tidak pernah berada di kedudukan paling rendah kecuali di tempat ketujuh.

The Red Devils mempamerkan aksi goyah pada awal musim ini apabila hanya meraih enam kemenangan dalam 11 perlawanan, manakala bakinya adalah berdepan kekalahan biarpun kembali meraih kemenangan ke atas Fulham minggu lalu selepas tewas pada aksi derbi menentang Manchester City.

Berdasarkan ramalan tersebut juga, United menjadi pasukan ‘big six’ yang berada di kedudukan paling rendah, manakala Chelsea diramal mampu mengakhiri saingan di tangga ketujuh untuk meraih slot ke saingan Liga Konferens Europa.

Dalam pada itu, City masih dijangka kekal menjadi calon pilihan untuk mengekalkan kejuaraan musim ini, sementara Arsenal sekali lagi bakal kempunan untuk menamatkan kemarau kejuaraan dan Liverpool pula menghuni tempat ketiga saingan.

Tiga lagi pasukan, Newcastle United pula diramal hanya akan kekal berada pada kedudukan keempat untuk mengulangi pencapaian musim lalu, manakala Tottenham Hotspur di tangga kelima, sementara Aston Villa dan Brighton mengambil posisi kelima dan keenam untuk ke saingan Liga Europa.

Super komputer berkenaan juga meramalkan bahawa tiga pasukan yang dipromosi ke EPL musim ini, Burnley, Sheffield United dan Luton Town akan kembali tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

Ramalan kedudukan akhir EPL musim 2023/24

1 MANCHESTER CITY
2 ARSENAL
3 LIVERPOOL
4 NEWCASTLE
5 TOTTENHAM
6 ASTON VILLA
7 CHELSEA
8 BRIGHTON
9 MANCHESTER UNITED
10 BRENTFORD
11 WEST HAM
12 CRYSTAL PALACE
13 EVERTON
14 NOTTINGHAM FOREST
15 WOLVES
16 FULHAM
17 BOURNEMOUTH
18 BURNLEY
19 LUTON
20 SHEFFIELD UNITED

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI