fbpx

Selangor bentang belanjawan RM2.53 bilion tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin menunjukkan dokumen Belanjawan Selangor 2024, hari ini

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mencadangkan anggaran sebanyak RM2.53 bilion bagi Belanjawan 2024.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1.33 billion atau 52.6 peratus diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus.

Katanya, sejumlah RM1.2 bilion atau 47.4 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.

“Dianggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2.20 bilion pada tahun depan. Angka ini diunjurkan berdasarkan kepada track rekod sebelum ini berjaya mengutip hasil RM2 bilion pada Ogos 2022 dan September tahun ini.

“Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun depan adalah premium tanah iaitu sebanyak RM890.94 juta bersama an 40.5 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024, hari ini.

Beliau menambah, belanjawan dengan tema Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan itu mempunyai empat teras kesemuanya.

Amirudin menjelaskan ini meliputi Pemangkin Pelaburan Berkualiti, Menjana Pendapatan Tinggi; Mengangkat Pendidikan Bestari, Menjamin Alam Sekitar Lestari; Menaungi Kebajikan Rakyat dan Mengangkat Kesatuan Ummah. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI