WASHINGTON – Angkasawan-angkawasan menerima amaran tentang najis manusia yang terapung di sekitar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor portal berita Daily Star semalam.
Seorang angkasawan Britain, Tim Peake berkata, amaran dikeluarkan selepas seorang angkasawan menggunakan tandas di ISS.
Menerusi fail kecil digital atau podcast Your Place Or Mine, Tim, 51, berkata: “Ada seorang kru (ISS) yang akan kekal tanpa nama membuang hajat (membuang air besar) pada suatu pagi dan berpatah balik dan tidak menemui sebarang bukti tentang urusannya di mana-mana.
“Malu kerana terpaksa memberitahu rakan-rakan kru supaya memantau (angkasa lepas sekitar ISS) jika ada sesuatu terapung di sekitar stesen angkasa lepas pagi itu yang tidak sepatutnya berlaku. Mereka juga tidak pernah menemuinya.”
Tim berlepas ke ISS pada 2015 dan menjadi warga Britain pertama yang berbuat demikian bersama Kolonel Amerika Syarikat, Tim Kopra, 60, dan Yuri Malenchenko, 61 dari Russia.
Kejadian itu hampir sama dengan filem fiksyen angkasa lepas, Close Encounters Of The Third Kind yang dibintangi oleh Richard Dreyfuss pada 1977. – AGENSI