fbpx

2023 paling panas dalam tempoh 125,000 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan beberapa orang menggunakan payung ketika cuaca panas melanda Bangkok, Thailand. – AFP

BRUSSELS – Saintis-saintis Eropah mengesahkan bahawa 2023 adalah tahun paling panas dalam tempoh 125,000 tahun, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Kenyataan mereka adalah berdasarkan kepada data iklim pada bulan lepas yang menunjukkan bahawa suhu global telah mencapai paras tertinggi sehingga memecahkan rekod sebelum ini.

Badan pemantau perubahan iklim Kesatuan Eropah (EU), Copernicus Climate Change Service (C3S) mendedahkan, suhu pada Oktober lalu melepasi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada 2019, sebanyak 0.4 darjah Celsius.

Anomali cuaca yang diperhatikan pada bulan lalu juga dianggap sebagai sangat buruk.

Pihak C3S juga menunjukkan bahawa suhu pemecah rekod pada Oktober lalu mengesahkan bahawa sudah pasti tahun ini akan mencatat rekod baharu sebagai tahun paling panas sejak 125,000 tahun lalu.

Rekod sebelumnya adalah pada 2016 yang juga merupakan tahun ketika fenomena cuaca  El Nino berlaku.

Peningkatan suhu global pada masa ini terutamanya disebabkan oleh pelepasan berterusan gas rumah hijau akibat aktiviti manusia, manakala  keadaan menjadi bertambah buruk  akibat   fenomena El Nino.

Ini mendorong purata suhu global pada bulan lalu meningkat kira-kira 1.7 darjah Celsius melebihi paras biasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI