fbpx

Bayi 17 bulan maut usus bocor, ibu muda diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BESUT – Seorang ibu tunggal ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang anak lelakinya berusia 17 bulan yang disyaki akibat pengabaian.

Bayi tersebut disahkan meninggal dunia sewaktu dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kampung Raja, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan, Abdul Rozak Muhammad berkata, sewaktu dihantar ke klinik kesihatan, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan lembam pada beberapa bahagian badan.

“Bedah siasat mendapati usus kecil bayi tersebut mengalami kebocoran manakala siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada kecederaan disebabkan kesan trauma atau jangkitan kuman,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 27 tahun telah menyerahkan mangsa kepada salah seorang rakan lelakinya untuk jagaan pada pukul 4 petang kelmarin.

Tambah beliau, bayi lelaki itu kemudiannya diserahkan semula kepada ibunya pada pukul 7.30 pagi semalam.

“Ibu mangsa telah ditahan dan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 akan dipohon di Mahkamah Majistret Besut, di sini hari ini, manakala rakan lelakinya itu sedang dikesan polis bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI