fbpx

Sokong PM, gerakan terancang lawan lemahkan Bersatu, PN – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan parti tersebut dan Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap Ahli-Ahli Parlimen.

Muhyiddin melalui satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat tersebut dan tindakan yang lebih tegas bakal diambil.

“Saya mendapat maklumat bahawa terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Bersatu dan PN dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap Ahli-Ahli Parlimen.

“Saya menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi BERSATU menangani perkara ini,” jelasnya.

Susulan isu tersebut, satu mesyuarat tergempar bakal dilakukan malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu itu.

“Tindakan dua lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri adalah bercanggah dengan pendirian parti.

“Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan Perikatan Nasional.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI