fbpx

Skuad wanita raih kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Malaysia, Fazilla Sylvester Silin (tengah) pada aksi menentang Switzerland dalam saingan Piala Tuanku Zara di Ipoh hari ini. - MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan wanita negara akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama pada saingan Piala Tuanku Zara selepas menewaskan Switzerland 3-1 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Ia secara tidak langsung kembali menghidupkan peluang skuad negara untuk merebut tempat ke penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan hoki dalam dewan antarabangsa itu.

Tiga gol skuad bimbingan Mohd. Badrul Hisham Osman itu diperoleh menerusi dua jaringan Iren Hussin pada minit ke-15 dan 28 serta satu daripada Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (m-38).

IREN meledak dua gol buat Malaysia ketika menewaskan Switzerland 3-1 pada aksi Piala Tuanku Zara di Ipoh hari ini. – MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA

Gol tunggal Switzerland pula dijaringkan oleh Tamara Trosch pada minit ke-39.

Kemenangan itu membolehkan skuad negara kini mengutip tiga mata pertama selepas tiga perlawanan terdahulu dengan keputusan 2-3 kepada Afrika Selatan; 1-4 terhadap Namibia dan 2-3 di tangan Australia.

Skuad negara berpeluang melonjak ke tangga keempat jika menang ke atas New Zealand sambil mengharapkan Namibia tewas kepada Australia dalam aksi terakhir esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI