fbpx

Sekeping lukisan berharga lebih RM653 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKISAN Pablo Picasso berjudul Woman with a Watch dipamerkan di Bandar Raya New York semalam. – AFP

NEW YORK – Salah satu karya terhebat Pablo  Picasso berjudul Woman with a Watch,  dijual pada harga AS$139.3 juta (RM653.6 juta)  oleh  firma Sotheby’s dalam satu lelongan di New York semalam, harga kedua tertinggi untuk artis seni tersebut.

Lukisan tahun 1932 itu menampilkan teman artis seni Sepanyol tersebut, Marie-Therese Walter dan dianggarkan bernilai lebih AS$120 juta (RM563 juta) sebelum dilelong, demikian menurut Sotheby’s.

Lukisan itu adalah sebahagian daripada jualan istimewa Sotheby’s pada minggu ini merangkumi koleksi milik peminat seni dan hartawan New York, Emily Fisher Landau yang meninggal dunia  ketika berusia 102 tahun pada 2023.

Marie turut ditampilkan dalam satu lagi lukisan Picasso yang dilelong oleh firma Christie’s berjudul,  Femme endormie atau Wanita Tidur.

Wanita itu berkenalan dengan Picasso di Paris dalam tahun 1927 ketika artis seni itu masih berkahwin dengan penari balet berketurunan Russia-Ukraine, Olga Khokhlova dan ketika Marie berumur 17 tahun.

Dalam tahun 2021, Sotheby’s turut menjual sekeping lagi lukisan menampilkan Marie pada harga AS$103 juta (RM478.6 juta). 

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan yang meninggal dunia tahun lalu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI