fbpx

Runtuhan resort Pulau Perhentian: Pasukan SAR tempuh laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa mangsa yang ditemui di bawah runtuhan dalam kejadian di tapak pembinaan restoran sebuah resort di Pulau Perhentian hari ini. - FOTO PUQTRA HAIRRY ROSLI

BESUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu berdepan cabaran besar dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan tapak pembinaan resort di Pantai Alunan, Pulau Perhentian, Kuala Besut di sini semalam.

Ketua Zon 1 JBPM Terengganu, Yusmaredza Mirza Mohamed Ali berkata, operasi bermula pukul 10 pagi semalam bukan hanya melibatkan runtuhan di bangunan tiga tingkat setinggi hampir sembilan meter itu, malah menghadapi kesukaran akses ke lokasi di Pulau Perhentian.

“Perjalanan ke Pulau Perhentian agak mencabar kerana dipukul ombak dan laut bergelora disebabkan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula lusa (esok).

“Apatah lagi operasi SAR ini memerlukan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memandu proses pencarian mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

keadaan di lokasi runtuhan melibatkan tapak pembinaan restoran sebuah resort di Pulau Perhentian hari ini.- FOTO PUQTRA HAIRRY ROSLI

Yusmaredza memberitahu, operasi SAR melibatkan pelbagai agensi itu dibahagikan kepada dua pasukan iaitu di lokasi kejadian di Pulau Perhentian, manakala satu lagi pasukan me­nunggu di Jeti Kuala Besut.

Jelasnya, kaedah itu dilaksa­nakan bagi melancarkan operasi menyelamat termasuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan pada kadar segera di hospital.

Keadaan di lokasi runtuhan tapak pembinaan restoran sebuah resort di Pulau Perhentian. – FOTO PUQTRA HAIRRY ROSLI

“Operasi SAR ini juga memerlukan khidmat Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM). Mereka mempunyai kepakaran dan terlatih dalam misi penyelamatan mang­sa kejadian runtuhan bangunan,” katanya.

Tambah Yusmaredza, dua mangsa runtuhan berjaya dikeluarkan dan usaha mengesan seorang lagi pekerja sedang giat dijalankan setakat pukul 5 petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI