fbpx

Presiden Angkasa terima anugerah antarabangsa ICA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah menerima Anugerah Kecemerlangan Koperasi Asia Pasifik Ikatan Koperasi Antarabangsa di Filipina semalam.

PETALING JAYA – Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima Anugerah Kecemerlangan Koperasi Asia Pasifik Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA).

Anugerah bagi kategori “Pemimpin Inspirasi” itu diterima Abdul Fattah yang juga Naib Presiden ICA – Asia dan Pasifik (ICA-AP) pada majlis makan malam dihoskan Gabungan Koperasi Filipina di Manila semalam.

Majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung ICA-AP Ke-16 yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2023 itu turut dihadiri Presiden ICA, Ariel Guarco dan Pengarah Serantau ICA-AP, Balu Iyer.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav di hadapan 600 delegasi dari 27 negara termasuk 83 delegasi dari Malaysia yang menghadiri majlis itu.

Abdul Fattah dalam ucapannya berkata, anugerah tersebut melambangkan usaha kolektif dan gigih seluruh warga koperasi di Malaysia dalam memperkasakan gerakan koperasi.

“Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus memberikan impak positif demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia khususnya warga koperasi.

“Ia juga satu tanggungjawab lebih besar yang mendorong saya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik demi gerakan koperasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI