fbpx

PKU, Muslim Care sasar RM2 juta bina semula Masjid Al-Amin di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Wadi (dua dari kanan) menyerahkan plakad RM1 juta kepada kepada wakil MCM, Johari (dua dari kiri), hari ini. Foto FIRDAUS JOHARI

GOMBAK – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society (MCM) menyasarkan RM2 juta lagi bagi pembinaan Masjid Al-Amin di Palestin.

Timbalan Presiden MCM, Mohd. Johari Ismail berkata, sasaran dana itu dibuat bermula 1 November lalu, selepas pihaknya berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM3 juta.

“Kutipan RM2 juta ini adalah untuk pembinaan semula Masjid Al Amin yang pernah dibina oleh MCM di Palestin pada 2013, namun dibom oleh Israel pada 2020.

“Sasaran RM2 juta ini telah pun bermula 1 November dan sekarang ini telah mencecah RM200,000. Kita harap orang ramai boleh salurkan sumbangan untuk pembinaan dan pemulihan masjid-masjid yang telah musnah.

“Setakat ini, MCM berjaya mengumpulkan hampir RM3 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk perseorangan, NGO, masjid, surau, sekolah serta agensi kerajaan dan swasta,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Kecemasan Palestin di Muslim Care Centre di Kampung Sungai Tua Batu Caves, di sini hari ini.

Menurut beliau, antara sumbangan terbesar kepada MCM adalah daripada NGO PKU yang dipengerusikan oleh Ustaz Wadi Annuar Ayub yang mana telah menyumbang sebanyak RM1 juta melalui PKU untuk membantu penduduk Palestin di Gaza.

Jelasnya, bukanlah menjadi kebanggaan kepada MCM dengan wang jutaan ringgit yang disumbangkan oleh pelbagai pihak, sebaliknya ia adalah satu amanah besar yang perlu ditunaikan.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan itu, Johari memberitahu bahawa terdapat tiga saluran sumbangan MCM untuk penduduk Gaza.

“Cara pertama adalah menyalurkan wang terus MCM Palestin yang dipengerusikan oleh Ahmad Abu Ayesh Al-Najar yang juga salah seorang penduduk tempatan di Khan Younis, Gaza.

“Kedua, adalah melalui gabungan kerjasama dengan NGO luar negara ‘Miles of Smiles’ dengan membelanjakan kira-kira RM 500,000 untuk membeli ubat-ubatan, kelengkapan perubatan, makanan dalam tin serta air mineral.

“Yang ketiga, dengan menyalurkan RM100,000 kepada kolaborasi bersama 45 NGO Malaysia di bawah Ops Ihsan yang dikendalikan Wisma Putra oleh Kementerian Luar Negara,” ujarnya.

Justeru, MCM bersyukur dan berbesar hati atas sokongan serta kepercayaan pelbagai untuk kerjasama dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini dihimpit kesengsaraan akibat peperangan dengan Israel. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI