fbpx

Pembekal berlumba jual ayam murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan (tengah) menjalankan pemantauan di sebuah pasar raya di Bukit Mertajam sempena pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memuji usaha pembekal yang menjual ayam segar pada harga lebih rendah biarpun sudah lebih seminggu subsidi ayam dimansuhkan.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kenaikan harga ayam susulan dijual lebih murah berbanding harga kawalan dahulu iaitu RM9.40 per kilogram (kg).

“Bermula dari 1 November lalu, pasukan penguatkuasa kementerian menjalankan pemantauan rapi di pasar, pasar raya dan kita dapati harga ayam dijual dengan harga murah.

“Kebanyakan pembekal ini setiap hari berlumba-lumba merendahkan harga ayam sehingga RM7.80, RM7.50 dan hari ini RM6.99 per kg,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di sebuah pasar raya besar di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan menamatkan subsidi dan harga kawalan bagi ayam sepenuhnya bermula 1 November selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI