fbpx

Peguam mohon Syed Saddiq dikenakan penjara atau denda, tanpa sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika hadir di Mahkamah Tinggi, hari ini. Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan memohon Mahkamah Tinggi, di sini supaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara atau denda.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Syed Saddiq memohon perkara itu, tanpa menyebut mengenai peruntukan hukuman sebatan.

Peguam itu berkata, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyesal, akur dan muhasabah diri atas keputusan tersebut.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda sebanyak RM10 juta atas empat pertuduhan.

Pertuduhan yang dihadapi lelaki itu adalah bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Syed Saddiq, 30, bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan selain pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI