KUALA LUMPUR – Parlimen hari ini telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi membolehkan ahlinya memberi sumbangan bagi meringankan beban dan penderitaan rakyat negara itu akibat konflik yang sedang melanda Semenanjung Gaza.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan, sumbangan tersebut akan disalurkan terus kepada tabung akaun amanah kemanusiaan rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negara.
“Parlimen terpanggil untuk bersama dalam usaha meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari semakin terhimpit dan sebagai sokongan moral kepada mereka, kita laksanakan kutipan tabung kemanusiaan peringkat Parlimen.
“Tabung ini ditempatkan di pintu masuk kiri dan kanan hingga selesai persidangan dan setiap kali yang berhormat ingin masuk, boleh diletakkan (menyumbang) di luar sana,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE.