fbpx

Nabila Razali nikah 13 November?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA dikatakan telah memilih tanggal 13 November sebagai tarikh pernikahannya.

SUDAH namanya selebriti tentu saja setiap perkembangan termasuk cerita peribadi menjadi perhatian.

Tidak terkecuali penyanyi Nabila Razali yang sebelum ini dikatakan sudah bertunang dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani.

Biarpun enggan mengesahkan diri sudah ‘diikat’, ramai peminat tetap mendoakan perancangan popular itu ke gerbang perkahwinan berjalan lancar.

Lebih-lebih lagi selepas difahamkan urusan ke arah hari bahagia mereka dikatakan rancak berjalan termasuk persalinan raja sehari yang sungguh istimewa.

Daripada hantaran sebuah akaun, kelihatan seorang pereka fesyan sedang menyiapkan busana pengantin yang sudah selesai, hanya menunggu hari bersejarah sahaja.

Beberapa minggu lalu pula, dikatakan Nabila diraikan rakan rapat dalam acara ‘hens party’ yang turut dikongsi dalam Instagram Story seorang selebriti.

Ada yang meneka pernikahan dilangsungkan pada 13 November iaitu bersempena ulang tahun ke-31 penyanyi itu.

Apa pun kalau silap tekaan itu kami mohon maaf sebab terlampau teruja. Tak sabar tengok selebriti yang terkenal dengan sikap ramah itu naik pelamin.

Mizz Lahar:

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI