fbpx

MotoGP: Marquez idam ulang memori indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ pernah meraih tiga kemenangan di Sepang dan bersedia untuk mengulanginya semula biarpun sedar tugas itu tidak mudah. - AFP

LONDON – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang bakal meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim ini dilihat mahu mengakhiri saingan tersebut bersama pasukan Jepun itu dengan detik manis ketika turun bersaing pada Grand Prix (GP) Malaysia hujung minggu ini.

Marquez mempunyai memori indah yang tidak boleh dilupakan ketika berada di Malaysia apabila mencatat tiga kemenangan di litar sepanjang 5.543 kilometer itu pada 2010 dalam kelas 125cc dan 2014 serta 2018 dalam kelas perdana MotoGP bersama Honda.

Bagaimanapun, Marquez mengakui segalanya bukan mudah untuk mengembalikan zaman kegemilangan tersebut biarpun mencatat keputusan tersebut pada GP Thailand pada minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan tempat keenam keseluruhan.

“Tiga baki perlumbaan akan datang akan menjadi perlumbaan yang mencabar menanti kami. Yang pertama akan berlangsung di Sepang dan pastinya litar tersebut sentiasa mencabar buat kami.

“Biarpun kami mula mencatat keputusan yang baik dalam beberapa perlumbaan baru-baru ini, tetapi secara jujurnya saya menjangkakan hujung minggu di Sepang akan menjadi sukar.

“Selekoh yang lebih panjang agak sukar untuk kami tahun ini, tetapi sudah tentu saya tidak akan meninggalkan sebarang kekecewaan dan cuba untuk melakukan yang terbaik.

“Saya mahu memulakan bahagian terakhir musim ini dengan perlumbaan yang bagus,” ujar Marquez.

Pada bulan lalu, Marquez mengesahkan akan meninggalkan pasukan Honda selepas 11 tahun bekerjasama sebelum membuat keputusan menyertai pasukan satelit Ducati Gresini Racing untuk musim 2024. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI