fbpx

Mekanisme penetapan tarif air dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri hujung tahun in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Mekanisme penetapan tarif dan ketidakseimbangan kos laluan air akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijangkakan pada hujung tahun nanti.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu juga telah mendapat persetujuan kerajaan negeri merentas parti seluruh negara.

“Penetapan tarif ini adalah bertujuan untuk memohon kebenaran penetapan tarif baharu bekalan air menjelang 2024.

“Tarif air kita terlalu rendah, semua saya tengok kebanyakan kerajaan negeri bersetuju dan kita akan bawa kertas mekanisme penetapan tarif dan juga Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk air ke Jemaah Menteri sebelum hujung tahun dengan harapan untuk kita benarkan penetapan tarif-tarif baharu bagi kerajaan-kerajaan negeri menjelang 2024,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang ingin tahu mengenai bila penetapan tarif baharu air akan diadakan.

Tambah Nik Nazmi,kementerian juga akan memberi pertimbangan terhadap beberapa perkara lain antaranya kadar tarif air sedia ada di beberapa negeri yang tidak disemak untuk tempoh masa yang lama seperti Pahang (35 tahun) dan Perlis (22 tahun).

Katanya, kadar tarif yang rendah akan menjejaskan unjuran pendapatan operator air yang ditetapkan di dalam pelan perniagaan dan seterusnya menjejaskan mutu perkhidmatan mereka kepada pengguna.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut menjelaskan pihaknya juga ingin mempelbagai kaedah alternatif bagi menjamin kelestarian sumber air termasuk penuaian air hujan sebagai air minuman.

Katanya, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) merupakan antara badan yang aktif dalam mempromosi produk berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI