fbpx

Mandi lima kali sehari elak sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAMRI (kanan) yang berwatakan seperti kanak-kanak diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapanya, Sabrah (kiri) dan Mohd. Musa di rumah mereka di Perumahan Agropolitan Chemomoi, Bentong baru-baru ini.

BENTONG – Seorang pemuda Mohd. Zamri Mohd. Musa, 40, yang tidak dapat menguruskan diri sendiri kerana kesan daripada terkena sawan akibat demam panas ketika demam kecil amat memerlukan bantuan lampin pakai buang.

Menurut bapanya, Mohd. Musa Ishak, 65, anaknya itu bukan sahaja tidak dapat bercakap dengan betul, malahan tidak boleh rasa bila nak buang air besar.

Katanya, sebagai penoreh getah yang berpendapatan tidak seberapa tidak mampu untuk menyediakan lampin pakai buang sepanjang masa.

“Dia akan tunjuk atau buat aksi (guna jari) kalau nak sesuatu.

“Kadang-kadang dia akan buang air besar begitu sahaja. Itulah kami amat mengharapkan kalau ada orang yang sudi ­menyumbangkan
lamping pakai buang kepada nya,” katanya di Perumahan Agropolitan Chemomoi, di sini baru-baru ini.

Mohd. Zamri yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dikatakan mengalami demam panas keterlaluan pada umur tiga tahun sehingga menyebabkannya sawan dan memberi kesan sehingga sekarang.

Katanya, anaknya tidak boleh kepanasan dan perlu dimandikan lima kali sehari bagi mengelak sawan.

“Kalau cuaca sejuk pun, dia akan rasa panas. Jadi, kami kena mandikan dia juga,” ­katanya.

Menurut ibunya, Sabrah Kadri, 71, mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada dua anaknya yang lain kerana masing-masing sudah berkeluarga.

“Dulu, masa dia (Mohd Zamri) masih kecil, kepala dia besar dan lembik. Tapi, sekarang alhamdulillah, semakin pulih. Cuma, ada ketumbuhan pada hidung.

“Doktor nasihatkan supaya buang, tapi akan beri kesan pada otak. Jadi, kami buat keputusan biarkan sahaja,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0610-8410-0002-7004 atau hubungi Mohd Musa di talian 010-763 2780.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI