fbpx

Kurang trip feri jadikan Langkawi suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana lengang dengan tiada pelanggan di gerai makanan berhadapan Terminal Feri Kuala Perlis semalam.

KUALA PERLIS – Kekurangan trip feri ke Langkawi menjadi antara punca yang menyumbang kepada penurunan pelancong ke pulau peranginan itu sejak tiga tahun lalu.

Peniaga makanan, Syed Ruzman Ardi Syed Mansor, 43, mendakwa, perkara tersebut berlaku selepas pandemik Covid-19 apabila operator feri mengurangkan kekerapan feri dua hala dari Kuala Perlis ke Langkawi.

“Faktor kekurangan trip feri itu menyebabkan pelancong kurang selesa dengan perkhidmatan pengangkutan tersebut kerana ada kalanya tidak ada langsung feri yang beroperasi pada sebelah petang.

“Jadual perjalanan feri yang berubah-ubah dilihat menyebabkan pelancong hilang keyakinan dan rasa tawar hati untuk pergi ke Langkawi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, sebagai peniaga di kawasan tersebut, dia sedar bahawa trip feri dari Kuala Perlis ke Langkawi juga dipengaruhi jadual pasang surut air laut, namun operator dan kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah itu.

“Memang keadaan pasang surut air pengaruhi jadual feri, namun kenapa tidak bawa masuk feri yang lebih kecil berkapasiti 200 hingga 300 orang berbanding feri besar yang digunakan sekarang bagi elak tersangkut bila air surut,” jelasnya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan mengenai situasi suram di Langkawi kerana ramai pelancong tempatan kini beralih arah ke Hatyai, Thailand yang didakwa lebih murah kosnya.

Tambah Syed Ruzman, dia yang bergantung kepada jumlah kehadiran pelancong di Terminal Feri Kuala Perlis berharap pe­ningkatan trip ke Langkawi dapat membantu menaikkan jualan puluhan peniaga kecil sepertinya di terminal feri berkenaan.

Katanya, dengan cara itu, ia dapat meningkatkan jualan ha­rian peniaga di sekitar terminal yang kini terus terjejas sekitar 80 peratus selepas Covid-19.

Sementara itu, seorang pe­ng­usaha restoran sup gamat di Langkawi, Fadlizawati Idris, 43, turut bersetuju agar pihak syarikat perkhidmatan feri mening­katkan kekerapan feri selain kerajaan memasukkan syarikat lain agar jadual perjalanan lebih konsisten.

“Saya melihat isu ini adalah masalah keyakinan pelancong dengan perkhidmatan feri. Orang ramai hilang minat untuk ke Langkawi kerana jadual perjalanan tidak konsisten.

“Baru-baru ini turut viral mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa perniagaan berkait sektor pelancongan ditutup, manakala kereta sewa akan dilelong juga tidak benar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI