fbpx

KPDN Sandakan rampas ayam, itik sejuk disimpan bersama daging babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDN Sandakan memeriksa daging sejuk beku yang bercampur dengan produk halal dan tidak halal terdiri daripada daging ayam, itik dan babi. – Foto Ihsan KPDN SANDAKAN

SANDAKAN – Tindakan menyimpan daging ayam, itik dan babi di tempat pembekuan yang sama mengundang padah apabila premis yang terletak di daerah ini diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Bersepadu Halal, pagi semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11 pagi oleh 11 pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Pejabat Kesihatan Sandakan merampas 864 kilogram produk sejuk beku daging ayam, itik dan babi dianggarkan bernilai RM17,302.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, operasi itu dilakukan hasil perkongsian maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal terdiri daripada daging ayam, itik dan babi.

“Sebanyak 864 kilogram produk sejuk beku ayam, itik dan babi disita dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM17,302 dan kes disiasat dibawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI