fbpx

Ke mana Mbappe selepas Real tarik diri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE yang bakal menjadi ejen bebas pada musim panas depan perlu mencari kelab baharu selepas Real Madrid menarik diri daripada menandatangani khidmat bintang PSG tersebut. - AFP

PARIS – Real Madrid dilaporkan tidak lagi berminat untuk menandatangani penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mabbpe, menurut media Cadena SER.

Gergasi La Liga itu didakwa menamatkan usaha mereka memburu pemain berusia 24 tahun itu dan enggan lagi mengambil langkah mendapatkah khidmatnya, meskipun bintang itu memutuskan mahu meninggalkan PSG sebagai ejen bebas pada musim panas depan atas tiga sebab.

Selain memerlukan bonus tandatangan kontrak yang signifikan, Mbappe dikatakan bersedia berhijrah ke Santiago Bernebeu hanya jika memperoleh gaji €20 juta (RM100 juta) setahun, dua kali ganda daripada €9 juta (RM45.01) setahun dalam kontrak Jude Bellingham.

Kelab gergasi itu juga mengutamakan pematuhan dasar perpindahan mereka di mana pasukan berkenaan sedang berusaha menandatangani pemain pada usia lebih muda dengan Endrick yang berusia 17 tahun akan tiba di ibu kota Sepanyol pada 2024.

Los Blancos juga percaya penghijrahan Mbappe ke Real berpotensi menyebabkan perpecahan dalam kalangan kelab dan peminat, sekali gus menyebabkan hierarki tertinggi kelab melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat bintang tersebut.

Penarikan diri Real bakal menyaksikan kelab luar dari La Liga boleh mendapatkan perjanjian pra-kontrak bresama Mbappe pada Januari depan, memandangkan perjanjiannya di Parc des Princes akan memasuki enam bulan terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI