fbpx

Kasih sejati, Tia batalkan persembahan demi hantar anak tuisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM Tia Jinbara ketika hayatnya bersama isteri tercinta, Suzan Ahmad dan tiga anak tirinya.

KLANG – Bekas vokalis Jinbara, Allahyarham Tia disifatkan sebagai bapa penyayang apabila mahu kembali sihat demi melihat tiga anak tirinya menerima ijazah.

Isterinya merangkap pengurus, Suzan Ahmad, 48, memaklumkan permata hati daripada perkahwinan terdahulunya itu sudah dianggap arwah sebagai darah daging sendiri.

“Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehingga dewasa malah arwah sangat mementingkan agama apabila utamakan solat, selain turut mengajar anak-anak mengaji.

“Arwah selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat membacakannya ayat suci suatu hari nanti.

“Hubungan antara mereka juga rapat sebab sebagai orang media masa saya banyak di pejabat, jadi hal anak dan sekolah dia yang uruskan sejak mereka kecil lagi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, hari ini.

Kongsinya lagi, awal perkahwinan dahulu Tia pernah bertanya sama ada anak-anak menganggapnya seperti bapa sendiri, tetapi selepas itu dia sendiri tahu sedalam mana kasih mereka terhadapnya.

“Kalau tengok ikatan antara Abang dengan anak-anak sangat rapat sampai dia sanggup batalkan ‘show’ sebab tiada orang hantar anak ke tuisyen,” ujarnya.

Tia atau nama sebenar Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di sisi Suzan ketika sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam tadi.

Suzan yang juga bekas wartawan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) itu sejak 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan zuriat.

Menerusi perkahwinan yang terdahulu, Suzan dikurniakan tiga anak iaitu Ahmad Naqiuddin, 22, Qystina Nayli , 20, dan Ahmad Nifail Mohamad Fairuz, 17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI