PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, malam ini.
Menurut laman Facebook MetMalaysia, hujan lebat diramal berlaku di Kedah iaitu di sekitar kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak, hujan lebat dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Manakala, cuaca sama diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang.
“Selain itu, hujan lebat dijangka berlaku di Dungun dan Kemaman, Terengganu serta di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang,” katanya.
Di Selangor, MetMalaysia melaporkan cuaca buruk diramal di Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak.
Manakala di Johor, cuaca buruk diramal di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Di Sabah, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir diramal di Kudat.
“Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE