fbpx

Bekas Exco Pendidikan Perak angkat sumpah Speaker Dewan Belia Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Saidi (dua dari kiri) menerima watikah perlantikan sebagai Speaker Dewan Belia Negeri Perak pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan Dewan Belia Negeri Perak sesi 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. Foto LIYANA RAMLI/KOSMO!

IPOH – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud mengangkat sumpah menjadi Speaker Dewan Belia Negeri Perak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, seramai 159 orang calon telah diterima Dewan Belia negeri untuk sesi Keempat tahun 2023/2024.

“Untuk pemilihan speaker ini, yang pertama adalah berdasarkan kepada latar belakang pendidikan kemudian kebolehan dan juga pengalaman.

“Ini disebabkan speaker ini akan menentukan hala tuju dan juga proses perjalanan sidang itu berjalan dengan baik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan Dewan Belia Negeri Perak sesi 2023/2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurutnya, beliau yakin dengan pemilihan Ahmad Saidi sebagai Speaker Dewan Belia negeri kerana mempunyai pengalaman sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis Negeri.

“Saya cukup yakin dan percaya dengan pengalaman beliau (Ahmad Saidi) sebagai bekas ADUN dan juga bekas ahli majlis negeri. Sudah pasti beliau mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi ini dengan sebaik mungkin dibantu oleh dua timbalan speaker,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI