fbpx

‘Arwah Tia Jinbara macam tahu masanya tak lama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malam tadi, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pukul 9.17.

PETALING JAYA – “Arwah ada cakap, masanya mungkin tak lama.”

Sayu namun reda menghadapi pemergian Allahyarham Tia Jinbara, isterinya Suzan Ahmad berkata, keadaan suaminya yang seperti tidak mahu berenggang dengannya.

Menceritakan keadaan suaminya, Suzan menyedari keadaan Tia yang semakin lemah.

“Keadaannya agak lemah pagi semalam malah beberapa kali menghubungi saya yang ketika itu menguruskan hal rawatannya di Hospital Selayang.

“Apabila kembali semula ke wad, dia nampak gembira tetapi dia tidak lagi dapat berbual macam biasa, cuma mahu saya mengenggam tangannya.

Malam tadi, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, di sini, pukul 9.17.

Penyanyi yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Gunung Kenyalang) itu disahkan menghidap barah hati genap seminggu lalu selepas mengalami sakit perut yang kronik serta sesak nafas.

Sebelum ini, Tia, 52 menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.

Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Raja Klang untuk solat jenazah pagi ini dan akan dikebumikan sebelum zuhur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI