fbpx

Agong berkenan rasmi projek rumah SASar ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (dua kanan) berkenan melihat replika rumah contoh ketika mencemar duli merasmikan projek SASaR Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang, Setapak di Kem Wardieburn, hari ini. - Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 7,374 unit rumah di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang, Setapak.

Projek tersebut adalah inisiatif Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi memberi peluang kepada warga kerja pertahanan, terdiri daripada ATM dan warga kerja awam di Mindef untuk memiliki kediaman selesa di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemaju akan membangunkan unit perumahan itu yang mana ia dilengkapi kemudahan asas digariskan dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Katanya, malah bagi SASaR Wardieburn, terdapat kemudahan tambahan seperti kolam renang, gimnasium dan dua lot parkir bagi setiap rumah.

“Secara keseluruhan, kos pembinaan bagi perumahan SASaR ATM ini menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh pemaju, iaitu Platinum Victory Development Sdn.
Bhd.

“Projek ini dijangka siap secara berfasa mulai tahun 2026,” katanya berucap pada perasmian Projek Perumahan SASaR ATM di Kem Wardieburn di sini, hari ini.

Projek pembinaan SASaR ATM Wardieburn akan merangkumi pembinaan sebanyak 974 unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi.

Bagi pojek SASar ATM Setapak pula melibatkan pembinaan secara berfasa sebanyak 6,400 unit kediaman dengan keluasan di antara 1,000 hingga 1,200 kaki persegi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI